Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Topik kali ni memang agak personal sebab saya melalui keadaan ini.. tak semua wanita dalam dunia ini merasai kebahagian dalam perkahwinan.. tak ada seorang pun wanita yang menyangka masjid yang dibina bersama lelaki yang dicintai akan runtuh.. Untuk berhadapan dengan keadaan yang sangat mengecewakan, sakit hati, marah dan sedih memerlukan hati yang kuat.. Melalui tempoh penceraian adalah satu keadaan yang amat getir dan dasyat... Dunia seakan kosong, berpusing, terbalik, hati terlalu hancur dan kekecewaan yang teramat sangat.
Bila penceraian terjadi, persoalan-persoalan yang datang, apa akan jadi pada aku lepas ni? mampu ke aku tempuh hidup ni berseorangan? apa patut aku buat? macam anak-anak aku lepas ni? terlalu banyak yang bermain di akal fikiran..Bagi bulan pertama.. amat menyeksakan. tak mampu nak buat apa pun. semua kenangan, terutama kenangan manis datang bertalu-talu.. tapi selepas diberi kekuatan oleh keluarga, saudara mara dan kawan-kawan rapat...dekatkan diri dengan Allah.. Alhamdulillah.. mampu bangun semula... ni di antara kesilapan yang aku buat ...:
1. Menyalahkan Diri Sendiri
Aku berasa murung dan bersedih semasa dan selepas proses perceraian. Anda terpaksa berdepan dengan pelbagai emosi semasa melalui fasa transaksi ini, marah, sedih, kecil hati, kecewa, keliru dan bermacam perasaan bersarang di hati dan bermain di kepala dan jiwa
Namun aku tak sepatutnya duduk sahaja dan meratapi nasib anda. aku perlu fikir yang hidup aku tidak berhenti begitu saja hanya kerana aku bercerai dan bersendirian. aku menangis tak berhenti selama berhari-hari. aku menyalahkan diri aku atas semua yang terjadi... Namun akhirnya, aku terfikir.. aku perlu berhenti menghukum diri sendiri.. aku perlu berhenti menangisi kejadian yang telah berlalu dan mengatur langkah memulakan hidup aku semula. Atau sekurang-kurangnya berpura-pura sehingga aku benar-benar berjaya mengatasinya.
2. Menjauhkan diri dari semua orang
ini yang aku lakukan pada bulan pertama. aku banyak diamkan diri.. bila orang tanya 'ko ok tak?' aku akan cakap ok. aku tak mahu orang lain tahu apa perasaan aku, apa masalah aku .. bagi aku , ini masalah aku, biar aku tanggung seorang.. tapi apa yang aku patut buat sebenarnya, mendapatkan sokongan dari mereka yang sayang dan sentiasa ambil berat .. berkongsi masalah, sekurang-kurangnya aku dapat melegakan hati dan bebanan yang aku tanggung, walaupun sikit.
3. Membiarkan diri
Aku pernah tiga hari tiga malam tak makan dan tak tidur. hanya minum saja yang mampu aku buat. aku hanya menangis, menangis dan menangis. sehinggalah aku hampir jatuh pengsan dalam rumah. aku terfikir kalau aku sakit, macam mana aku nak jaga anak-anak. macam mana aku nak kerja, cari nafkah untuk sara anak-anak...
4. Berfikiran negatif
Aku selalu berfikir, aku akan mati sebab dia tinggalkan aku.. aku tak mampu hidup seorang diri.. ada ke lelaki yang nak kahwin dengan aku? status aku dah berubah.. aku janda dengan anak 2 orang.. orang sekeliling selalu pandang serong pada perempuan yang memegang status janda...
No comments:
Post a Comment