BAHASA JIWA BANGSA
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Selalu dengarkan slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa'.. Kenali pencipta slogan ni... slogan
Bahasa Jiwa Bangsa ini dicipta pada tahun 1952, di Kuala Kangsar, Perak
oleh 4 orang Ahli Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) iaitu, Encik
Khalid Abas -Penolong Setiausaha LEPAS, Encik Omar Nordin - Setiausaha
Penerbitan LEPAS, Encik Fadhil Khalik dan Encik Zulkifli Muhammad.
(sumber rujukan: Majalah Dewan Bahasa, Jun 2006)....
Kita tengok maksud slogan ni pula... Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu
bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu
menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana
sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan
untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu
sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu
bangsa.
No comments:
Post a Comment