Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Nak kongsi sikit pasal pelukan... kenapa kita perlukan pelukan... Pelukan adalah terapi yang sangat berkesan dalam aspek penyembuhan. Kajian menunjukkan bahawa memeluk (dan juga ketawa) adalah sangat berkesan untuk penyembuhan penyakit, penyakit, kesepian, kemurungan, kebimbangan dan tekanan.
1. Pelukan sentuhan secara semula jadi dapat membina kepercayaan dan rasa keselamatan. Ini membantu dengan komunikasi yang terbuka dan jujur.
2. Pelukan serta-merta boleh meningkatkan tahap oxytocin, yang menyembuhkan perasaan kesepian, pengasingan, dan kemarahan.
3. Memeluk untuk masa yang lama dapat meningkatkan tahap serotonin seseorang, meningkatkan mood dan mewujudkan kebahagiaan.
4. Pelukan menguatkan sistem imun. Tekanan lembut pada tulang dada dan caj emosi ini mewujudkan pengaktifan Solar Plexus Chakra. Ini merangsang kelenjar timus, yang mengawal selia dan mengimbangkan pengeluaran badan sel-sel darah putih, yang membuat anda sihat dan bebas penyakit.
5. Pelukan dapat meningkatkan harga diri. Daripada lahir kita sudah dipeluk yang menunjukkan kita adalah istimewa dan disayangi.
6. Pelukan dapat melegakan otot. Pelukan melepaskan ketegangan dalam badan. Pelukan dapat menghapuskan kesakitan, ia melegakan sakit dengan meningkatkan peredaran ke dalam tisu lembut.
7. Pelukan mengimbangi sistem saraf. tindak balas kulit galvanic seseorang menerima dan memberi pelukan menunjukkan perubahan dalam aliran kulit. Kesan kelembapan dan elektrik pada kulit menunjukkan keadaan yang lebih seimbang dalam sistem saraf - parasimpatetik.
8. Pelukan mengajar kita bagaimana untuk memberi dan menerima. Terdapat nilai yang sama dalam menerima dan bersikap terbuka kepada kemesraan, untuk memberi dan berkongsi. Pelukan mendidik kita bagaimana cinta mengalir kedua-dua cara.
9. Pelukan yang begitu banyak seperti meditasi dan ketawa. Mereka mengajar kita untuk melepaskan dan hadir dalam masa ini. Mereka menggalakkan kita untuk mengalir dengan tenaga kehidupan. Pelukan mengeluarkan kamu dari pola pemikiran pekeliling anda dan menghubungkan anda dengan hati dan perasaan anda dan nafas anda.
10. Penukaran tenaga antara memeluk orang yang merupakan satu pelaburan dalam perhubungan. Ia menggalakkan empati dan pemahaman.
Sekian,
Friday, November 6, 2015
Wednesday, November 4, 2015
MENGHADAPI DAN MELALUI PENCERAIAN
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Topik kali ni memang agak personal sebab saya melalui keadaan ini.. tak semua wanita dalam dunia ini merasai kebahagian dalam perkahwinan.. tak ada seorang pun wanita yang menyangka masjid yang dibina bersama lelaki yang dicintai akan runtuh.. Untuk berhadapan dengan keadaan yang sangat mengecewakan, sakit hati, marah dan sedih memerlukan hati yang kuat.. Melalui tempoh penceraian adalah satu keadaan yang amat getir dan dasyat... Dunia seakan kosong, berpusing, terbalik, hati terlalu hancur dan kekecewaan yang teramat sangat.
Bila penceraian terjadi, persoalan-persoalan yang datang, apa akan jadi pada aku lepas ni? mampu ke aku tempuh hidup ni berseorangan? apa patut aku buat? macam anak-anak aku lepas ni? terlalu banyak yang bermain di akal fikiran..Bagi bulan pertama.. amat menyeksakan. tak mampu nak buat apa pun. semua kenangan, terutama kenangan manis datang bertalu-talu.. tapi selepas diberi kekuatan oleh keluarga, saudara mara dan kawan-kawan rapat...dekatkan diri dengan Allah.. Alhamdulillah.. mampu bangun semula... ni di antara kesilapan yang aku buat ...:
1. Menyalahkan Diri Sendiri
Aku berasa murung dan bersedih semasa dan selepas proses perceraian. Anda terpaksa berdepan dengan pelbagai emosi semasa melalui fasa transaksi ini, marah, sedih, kecil hati, kecewa, keliru dan bermacam perasaan bersarang di hati dan bermain di kepala dan jiwa
Namun aku tak sepatutnya duduk sahaja dan meratapi nasib anda. aku perlu fikir yang hidup aku tidak berhenti begitu saja hanya kerana aku bercerai dan bersendirian. aku menangis tak berhenti selama berhari-hari. aku menyalahkan diri aku atas semua yang terjadi... Namun akhirnya, aku terfikir.. aku perlu berhenti menghukum diri sendiri.. aku perlu berhenti menangisi kejadian yang telah berlalu dan mengatur langkah memulakan hidup aku semula. Atau sekurang-kurangnya berpura-pura sehingga aku benar-benar berjaya mengatasinya.
2. Menjauhkan diri dari semua orang
ini yang aku lakukan pada bulan pertama. aku banyak diamkan diri.. bila orang tanya 'ko ok tak?' aku akan cakap ok. aku tak mahu orang lain tahu apa perasaan aku, apa masalah aku .. bagi aku , ini masalah aku, biar aku tanggung seorang.. tapi apa yang aku patut buat sebenarnya, mendapatkan sokongan dari mereka yang sayang dan sentiasa ambil berat .. berkongsi masalah, sekurang-kurangnya aku dapat melegakan hati dan bebanan yang aku tanggung, walaupun sikit.
3. Membiarkan diri
Aku pernah tiga hari tiga malam tak makan dan tak tidur. hanya minum saja yang mampu aku buat. aku hanya menangis, menangis dan menangis. sehinggalah aku hampir jatuh pengsan dalam rumah. aku terfikir kalau aku sakit, macam mana aku nak jaga anak-anak. macam mana aku nak kerja, cari nafkah untuk sara anak-anak...
4. Berfikiran negatif
Aku selalu berfikir, aku akan mati sebab dia tinggalkan aku.. aku tak mampu hidup seorang diri.. ada ke lelaki yang nak kahwin dengan aku? status aku dah berubah.. aku janda dengan anak 2 orang.. orang sekeliling selalu pandang serong pada perempuan yang memegang status janda...
Tuesday, November 3, 2015
FILEM DI MALAYSIA
FILEM DI MALAYSIA
Lu Gua Bro
Kaki Kitai
Mana Mau Lari
Gila Baby
Kaki Kitai
Mana Mau Lari
Gila Baby
Assalamualaikum dan selamat sejahtera......
Anda semua pasti tahu tajuk-tajuk filem yang saya senaraikan di atas bukan?? Lihat sahaja pada tajuk, sudah membuktikan bahawa kualiti bahasa yang digunakan dalam filem kita semakin kurang.. Kita baru sahaja lihat pada tajuknya belum lagi ditonton filemnya.. Tajuk sahaja sudah menggambarkan bahasa yang digunakan di dalam filem..
Penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris pelulah dielakkan di dalam filem.. Alasan ingin menggambarkan realiti masyarakat di luar filem dijadikan alasan semata-mata.. Cuba kita lihat tajuk-tajuk filem zaman dahulu yang menggunakan bahasa Melayu baku.. Sedap didengar bukan?? Contohnya seperti Seniman Bujang Lapok, Masam-masam Manis, Ibu Mertuaku dan Bukit Kepong..
Selain penggunaan bahasa rojak dalam filem Melayu, wujud juga penggunaan bahasa slanga yang sememangnya terpinggir daripada nilai estetika bahasa Melayu.. Contohnya ialah perkataan bro, syok, lu dan blah merupakan bahasa slanga yang digunakan dalam filem Cinta.. Penggunaan bahasa slanga dalam filem tidak mencerminkan ketinggian bahasa dan bangsa Melayu malah turut mendorong masyarakat, iaitu penonton mengikutinya..
Namun, penggunaan dialek di dalam filem pada zaman ini adalah jauh lebih baik daripada bahasa rojak dan slanga.. Penggunaannya masih boleh diterima kerana dialek merupakan sebahagian daripada bahasa kita.. Melalui penonjolan dialek dalam filem juga dapat memperkenalkan kekayaan bahasa kita kepada khalayak penonton.. Contoh filem yang banyak menggunakan dialek ialah Polis Evo yang banyak menggunakan dialek negeri Terengganu.

Ternyata penggunaan bahasa dalam filem kini amat jauh berbeza dengan
filem dahulu.. Walaupun ada bahasa Inggeris dalam filem dahulu namun
penggunaannya yang sedikit tidak terlalu mempengaruhi masyarakat yang
menonton.. Dalam filem Antara Dua Darjat memaparkan
penggunaan bahasa Melayu tinggi yang baik dalam kalangan bangsawan dan
hal ini berbeza dengan penggunaan bahasa dalam filem kini yang banyak
memaparkan perbezaan status pengguna bahasa.. Bahasa Melayu yang
terpelihara hanya digunakan oleh watak-watak bukan profesional seperti
pemilik kedai makan, pemandu teksi dan sebagainya manakala watak-watak
yang memperlihatkan status sosial lebih mengutamakan bahasa Inggeris
sebagai medium komunikasi yang banyak diperlihatkan dalam filem kini
seperti watak arkitek, Tan Sri dan doktor..
Filem dahulu juga mempunyai pengaruh bahasa Melayu-Arab seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri dan Ahmad Albab.. Walaupun mempunyai pengaruh bahasa asing, namun filem-filem ini amat menarik minat masyarakat.. Buktinya, filem-filem ini banyak kali telah diulang di televisyen dan masyarakat tidak berasa jemu menontonnya malah terhibur dengan unsur humor yang digunakan..
Secara keseluruhannya sememangnya perbezaan filem dahulu dengan kini amat ketara sekali.. Pada pendapat saya, unsur bahasa asing yang terlampau ketara dalam filem Melayu kini perlu dibendung kerana faktor media massa merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi kualiti penggunaan bahasa dalam masyarakat kita..
Sekian.
RUJUKAN
1)DEWAN BAHASA, SEPTEMBER 2010.

BAHASA JIWA BANGSA
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Selalu dengarkan slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa'.. Kenali pencipta slogan ni... slogan
Bahasa Jiwa Bangsa ini dicipta pada tahun 1952, di Kuala Kangsar, Perak
oleh 4 orang Ahli Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) iaitu, Encik
Khalid Abas -Penolong Setiausaha LEPAS, Encik Omar Nordin - Setiausaha
Penerbitan LEPAS, Encik Fadhil Khalik dan Encik Zulkifli Muhammad.
(sumber rujukan: Majalah Dewan Bahasa, Jun 2006)....
Kita tengok maksud slogan ni pula... Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu
bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu
menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana
sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan
untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu
sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu
bangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)