Wednesday, November 28, 2018

Review The Kabin, Kuala Selangor




























 Firstly Kak She tau pasal The Kabin ni sbb penah kena viral.

Perjalanan took about 1hour lebih kurang dari Bukit Jalil (Kak She dari situ).. Takde la lama mana pun... Lalu pekan Kapar semua tu la.
Boleh guna waze n senang nak jumpa tempat ni. The Kabin dalam kawasan kampung so tempat ni quiet peaceful..

Bilik
Ramai org cakap tempat ni asyik full and tak boleh buat booking.. Here some tips.. Pegi website http://www.thekabin.com.my/ ...pilih tarikh yang korang nak... Tapi bila dah 2-3 tarikh yg korang nak tu full (like me 😁😁😁) boleh call the Kabin trus +6017-924 7800 / +603-3264 7800 bgtau kat staff yg korang nak try booking tapi asyik full.. Staf the Kabin akan advice tarikh mana yg okay.. Sgt2 helpful 😊
Ada 3 jenis saiz bilik(kalau tak salah) untuk 2 org, 4 org n 6 orang. Kat website ada stated jenis2 n boleh masuk bape org 1 bilik. Kak She amek jenis Santos bilik utk 4 org harga rm307.40 untuk 1 mlm. Korang boleh pilih nak bawah atau atas. Kak She pilih bwh sbb senang anak2 Nak keluar masuk nak gi swimming and boleh tgk dari bilik.
Don't put high expectations tau nak bilik ni mewah bagai... Bagi Kak She okay la dengan harga n environment mcm ni. Utk bilik 4 org, bilik air Ada 1. Kalau bilik 6 org ada 2 bilik air. Space very limit so korang jgn bawak luggage besar acah2 mcm nak dok seminggu.. Kang nak lalu payah kena pijak beg 😆😆😆
Bilik utk 4 org akan ada 1 katil Queen n 1 katil double deck.. Kalau bilik utk 6 org akan ada 1 katil queen n 2 katil double decker.
Ada few Kabin je yg berhadapan dengan swimming pool. Boleh tengok detail Kat website. 1 lagi... Check in kol 3 ye.

Swimming pool
Ni yg anak2 suka kannnn.. Pool okay... Bersih and boleh mandi sampai malam. Last jam 9 malam. Kat sini boleh sewa pelampung 🦄 unicorn.. Mesti anak2 suka.. Rm20.00 untuk sewa pelampung tu. Boleh guna sampai the next day. Korang boleh bgtau/whatsapp the Kabin kata korang nk sewa 10 minutes before korang nak mandi manda.. Nanti diaorg hantar ke bilik.

Cafe
Kat sini ada cafe yg dekat dengan swimming pool and belakang kaunter reception. Ada jual bfast lunch dinner.. Harga set rm10 ++. Kalau korang tak nak makan dlm ni.. Boleh je keluar jap beli kat luar.. Ada yg jual2 Nasi lemak, kedai makan... Senang cari. Kalau Kak She malam tak kuar sbb dah bawak lauk n nasi.. Panaskan jer.. 😆😆😆 Sbb anak2 Kak She jenis tido awal kang ajak kuar mula la menguap ngantuk ajak balik. Potong mood nak makan. So better makan kat bilik je. Kat beranda ada meja kerusi boleh makan2 kat situ n ada kipas dinding takde la panas n kena gigit nyamuk.. Boleh membawang sampai ke pagi 😁😁.

Kemudahan lain
Kat sini ada sediakan 2 tempat kalau2 Nak buat barbeque. 1 kat sebelah reception n 1 lagi ada kat belakang Kabin. Boleh la dalam 20-30 org makan2 kat situ. Pasal barbeque ni korang kena refer kat reception. Tanya2 ye. ..
Selain boleh swimming dengan anak2.. Boleh ajak diaorg main basketball and ala2 futsal. Boleh mintak bola kat receptionist.
And kalau nak sewa basikal, motor kecik n atv boleh tanya kat kaunter reception. Harga ada kat kaunter (boleh cari gambar harga kat bawah 👇) boleh bawak pusing2 Kat tepi pantai. The Kabin ni dekat dgn pantai tapi pantai yg kena tambak 😅😅😅
Ada mini playground dekat dengan parking area. Boleh bg anak main petang2. Parking kat sini boleh tahan gak besar boleh masuk 20 lebih kereta at 1 time (I guess 😁)
Kat sini keliling pokok2.. So nyamuk akan ada la kan. The Kabin ada sediakan ubat nyamuk electric dalam drawer. Korang boleh pasang je dlm bilik tu. Tapi kami tido malam tadi nyenyak je takde kena gigit nyamuk. 😴😴😴😴😴
So rasanya tu je la kot yg Kak She boleh bg review. Ni ape yg Kak She nampak tau.. Kalau rasa nak santai2.. Nk rileks release stress okay la... Ok bye 👨‍👩‍👧‍👦




-Kak Shee-

Friday, November 6, 2015

10 SEBAB KENAPA KITA PERLUKAN PELUKAN SETIAP HARI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Nak kongsi sikit pasal pelukan... kenapa kita perlukan pelukan... Pelukan adalah terapi yang sangat berkesan dalam aspek penyembuhan. Kajian menunjukkan bahawa memeluk (dan juga ketawa) adalah sangat berkesan untuk penyembuhan penyakit, penyakit, kesepian, kemurungan, kebimbangan dan tekanan.

1. Pelukan sentuhan secara semula jadi dapat membina kepercayaan dan rasa keselamatan. Ini membantu dengan komunikasi yang terbuka dan jujur.

2.  Pelukan serta-merta boleh meningkatkan tahap oxytocin, yang menyembuhkan perasaan kesepian, pengasingan, dan kemarahan.

3. Memeluk untuk masa yang lama dapat meningkatkan tahap serotonin seseorang, meningkatkan mood dan mewujudkan kebahagiaan.

4.  Pelukan menguatkan sistem imun. Tekanan lembut pada tulang dada dan caj emosi ini mewujudkan pengaktifan Solar Plexus Chakra. Ini merangsang kelenjar timus, yang mengawal selia dan mengimbangkan pengeluaran badan sel-sel darah putih, yang membuat anda sihat dan bebas penyakit.

5.  Pelukan dapat meningkatkan harga diri. Daripada lahir kita sudah dipeluk yang menunjukkan kita adalah istimewa dan disayangi.

6.  Pelukan dapat melegakan otot. Pelukan melepaskan ketegangan dalam badan. Pelukan dapat menghapuskan kesakitan, ia melegakan sakit dengan meningkatkan peredaran ke dalam tisu lembut.

7.  Pelukan mengimbangi sistem saraf. tindak balas kulit galvanic seseorang menerima dan memberi pelukan menunjukkan perubahan dalam aliran kulit. Kesan kelembapan dan elektrik pada kulit menunjukkan keadaan yang lebih seimbang dalam sistem saraf - parasimpatetik.

 8. Pelukan mengajar kita bagaimana untuk memberi dan menerima. Terdapat nilai yang sama dalam menerima dan bersikap terbuka kepada kemesraan, untuk memberi dan berkongsi. Pelukan mendidik kita bagaimana cinta mengalir kedua-dua cara.

9.  Pelukan yang begitu banyak seperti meditasi dan ketawa. Mereka mengajar kita untuk melepaskan dan hadir dalam masa ini. Mereka menggalakkan kita untuk mengalir dengan tenaga kehidupan. Pelukan mengeluarkan kamu dari pola pemikiran pekeliling anda dan menghubungkan anda dengan hati dan perasaan anda dan nafas anda.

10. Penukaran tenaga antara memeluk orang yang merupakan satu pelaburan dalam perhubungan. Ia menggalakkan empati dan pemahaman.

Sekian, 
 

Wednesday, November 4, 2015

MENGHADAPI DAN MELALUI PENCERAIAN



Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Topik kali ni memang agak personal sebab saya melalui keadaan ini.. tak semua wanita dalam dunia ini merasai kebahagian dalam perkahwinan.. tak ada seorang pun wanita yang menyangka masjid yang dibina bersama lelaki yang dicintai akan runtuh.. Untuk berhadapan dengan keadaan yang sangat mengecewakan, sakit hati, marah dan sedih memerlukan hati yang kuat.. Melalui tempoh penceraian adalah satu keadaan yang amat getir dan dasyat... Dunia seakan kosong, berpusing, terbalik, hati terlalu hancur dan kekecewaan yang teramat sangat.

Bila penceraian terjadi, persoalan-persoalan yang datang, apa akan jadi pada aku lepas ni? mampu ke aku tempuh hidup ni berseorangan? apa patut aku buat? macam anak-anak aku lepas ni? terlalu banyak yang bermain di akal fikiran..Bagi bulan pertama.. amat menyeksakan. tak mampu nak buat apa pun. semua kenangan, terutama kenangan manis datang bertalu-talu.. tapi selepas diberi kekuatan oleh keluarga, saudara mara dan kawan-kawan rapat...dekatkan diri dengan Allah.. Alhamdulillah.. mampu bangun semula... ni di antara kesilapan yang aku buat ...:

1. Menyalahkan Diri Sendiri
  
Aku berasa murung dan bersedih semasa dan selepas proses perceraian.  Anda terpaksa berdepan dengan pelbagai emosi semasa melalui fasa transaksi ini, marah, sedih, kecil hati, kecewa,  keliru dan bermacam perasaan bersarang di hati dan bermain di kepala dan jiwa
Namun aku tak sepatutnya duduk sahaja dan meratapi nasib anda.  aku perlu fikir yang hidup aku tidak berhenti begitu saja hanya kerana aku bercerai dan bersendirian.   aku menangis tak berhenti selama berhari-hari. aku menyalahkan diri aku atas semua yang terjadi... Namun akhirnya, aku terfikir.. aku perlu berhenti menghukum diri sendiri.. aku perlu berhenti menangisi  kejadian yang telah berlalu dan mengatur langkah  memulakan  hidup aku semula. Atau sekurang-kurangnya berpura-pura sehingga aku benar-benar berjaya mengatasinya.
 2. Menjauhkan diri dari semua orang
ini yang aku lakukan pada bulan pertama. aku banyak diamkan diri.. bila orang tanya 'ko ok tak?' aku akan cakap ok. aku tak mahu orang lain tahu apa perasaan aku, apa masalah aku .. bagi aku , ini masalah aku, biar aku tanggung seorang.. tapi apa yang aku patut buat sebenarnya, mendapatkan sokongan dari mereka yang sayang dan sentiasa ambil berat .. berkongsi masalah, sekurang-kurangnya aku dapat melegakan hati dan bebanan yang aku tanggung, walaupun sikit.

3. Membiarkan diri
Aku pernah tiga hari tiga malam tak makan dan tak tidur. hanya minum saja yang mampu aku buat. aku hanya menangis, menangis dan menangis. sehinggalah aku hampir jatuh pengsan dalam rumah. aku terfikir kalau aku sakit, macam mana aku nak jaga anak-anak. macam mana aku nak kerja, cari nafkah untuk sara anak-anak... 

4. Berfikiran negatif
Aku selalu berfikir, aku akan mati sebab dia tinggalkan aku.. aku tak mampu hidup seorang diri.. ada ke lelaki yang nak kahwin dengan aku? status aku dah berubah.. aku janda dengan anak 2 orang.. orang sekeliling selalu pandang serong pada perempuan yang memegang status janda...
 
Apa saja yang berlaku, aku kena fikir.. Allah dah susun semua perjalanan hidup aku. Dia dah aturkan yang terbaik dalam hidup setiap insan dalam dunia ni. Sebagai umat islam, aku kena terima qada' dan qadar yang Allah tetapkan.. Apa yang terjadi mesti ada hikmah sebaliknya samada lambat atau cepat kita dapat. Setiap hari aku kena beritahu diri sendiri yang aku kena kuat hadapi semua ni demi masa depan anak-anak... InsyaAllah.. kebahagian akan datang pada aku lepas ni.. Hanya perlu berdoa pada Allah yang Maha Esa...

Tuesday, November 3, 2015

FILEM DI MALAYSIA

FILEM DI MALAYSIA


Lu Gua Bro
Kaki Kitai 
Mana Mau Lari
Gila Baby 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera......


  Anda semua pasti tahu tajuk-tajuk filem yang saya senaraikan di atas bukan?? Lihat sahaja pada tajuk, sudah membuktikan bahawa kualiti bahasa yang digunakan dalam filem kita semakin kurang.. Kita baru sahaja lihat pada tajuknya belum lagi ditonton filemnya.. Tajuk sahaja sudah menggambarkan bahasa yang digunakan di dalam filem..

    Penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris pelulah dielakkan di dalam filem.. Alasan ingin menggambarkan realiti masyarakat di luar filem dijadikan alasan semata-mata.. Cuba kita lihat  tajuk-tajuk filem zaman dahulu yang menggunakan bahasa Melayu baku.. Sedap didengar bukan?? Contohnya seperti Seniman Bujang Lapok, Masam-masam Manis, Ibu Mertuaku dan Bukit Kepong..

    Selain penggunaan bahasa rojak dalam filem Melayu, wujud juga penggunaan bahasa slanga yang sememangnya terpinggir daripada nilai estetika bahasa Melayu.. Contohnya ialah perkataan bro, syok, lu dan blah merupakan bahasa slanga yang digunakan dalam filem Cinta.. Penggunaan bahasa slanga dalam filem tidak mencerminkan ketinggian bahasa dan bangsa Melayu malah turut mendorong masyarakat, iaitu penonton mengikutinya..

    Namun, penggunaan dialek di dalam filem pada zaman ini adalah jauh lebih baik daripada bahasa rojak dan slanga.. Penggunaannya masih boleh diterima kerana dialek merupakan sebahagian daripada bahasa kita.. Melalui penonjolan dialek dalam filem juga dapat memperkenalkan kekayaan bahasa kita kepada khalayak penonton.. Contoh filem yang banyak menggunakan dialek ialah Polis Evo yang banyak menggunakan dialek negeri Terengganu.

 
 Ternyata penggunaan bahasa dalam filem kini amat jauh berbeza dengan filem dahulu.. Walaupun ada bahasa Inggeris dalam filem dahulu namun penggunaannya yang sedikit tidak terlalu mempengaruhi masyarakat yang menonton.. Dalam filem Antara Dua Darjat memaparkan penggunaan bahasa Melayu tinggi yang baik dalam kalangan bangsawan dan hal ini berbeza dengan penggunaan bahasa dalam filem kini yang banyak memaparkan perbezaan status pengguna bahasa.. Bahasa Melayu yang terpelihara hanya digunakan oleh watak-watak bukan profesional seperti pemilik kedai makan, pemandu teksi dan sebagainya manakala watak-watak yang memperlihatkan status sosial lebih mengutamakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi yang banyak diperlihatkan dalam filem kini seperti watak arkitek, Tan Sri dan doktor..

    Filem dahulu juga mempunyai pengaruh bahasa Melayu-Arab seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri dan Ahmad Albab.. Walaupun mempunyai pengaruh bahasa asing, namun filem-filem ini amat menarik minat masyarakat.. Buktinya, filem-filem ini banyak kali telah diulang di televisyen dan masyarakat tidak berasa jemu menontonnya malah terhibur dengan unsur humor yang digunakan..

    Secara keseluruhannya sememangnya perbezaan filem dahulu dengan kini amat ketara sekali.. Pada pendapat saya, unsur bahasa asing yang terlampau ketara dalam filem Melayu kini perlu dibendung kerana faktor media massa merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi kualiti penggunaan bahasa dalam masyarakat kita..

Sekian.

RUJUKAN
1)DEWAN BAHASA, SEPTEMBER 2010.

BAHASA JIWA BANGSA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Selalu dengarkan slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa'.. Kenali pencipta slogan ni... slogan Bahasa Jiwa Bangsa ini dicipta pada tahun 1952, di Kuala Kangsar, Perak oleh 4 orang Ahli Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) iaitu, Encik Khalid Abas -Penolong Setiausaha LEPAS, Encik Omar Nordin - Setiausaha Penerbitan LEPAS, Encik Fadhil Khalik dan Encik Zulkifli Muhammad. (sumber rujukan: Majalah Dewan Bahasa, Jun 2006)....

Kita tengok maksud slogan ni pula... Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.